| 4th July 2011..last day in London, packing for Paris! |
| Exited first time in London Black Taxi |
Tanggal 4 July 2011..hari terakhir Nina & saya di London...Dengan manaiki bas express "Nation Express" kami menuju ke Paris...6 jam perjalanan yang selesa!!...tidak diganggu, sepanjang perjalanan kami tidur saja di dalam bas. Tepat jam 7.00am (waktu Paris) 5 July 2011, kami sampai di Galleini Bus Terminal Paris...Dari situ kami menaiki Metro (train) ke hotel penginapan. Kami bernasib baik kerana semasa di dalam bas kami bertemu dengan seorang warga India yang telah lama tinggal di Paris. Beliau memberi nasihat kepada saya & Nina supaya berhati2 sepanjang berada di Paris, memandangkan kami berdua beranak adalah perempuan...& beliau menolong kami membeli 'tiket Metro" bagi kemudahan kami menaiki train sepanjang berada di Paris...Berkat doa kami...ada sahaja insan yang nak menolong kami sepanjang perjalanan. Malah semasa di train station ada juga insan yang menolong mengangkat luggage kami yg berat2 tu!!
Hotel Armstrong terletak di Rue Croix, Saint Simon 75020 Paris. Hotel budget tempat penginapan kami ini terletak dipinggir kota Paris.. Dari Paris city centre untuk ke hotel ini mengambil masa 30 min by Metro train..Station berhampiran dengan hotel ini ialah Station Metro Porte de Montreuil. Persekitaran hotel ramai penduduk berketurunan Arab.
Paris, kota yg indah...sentiasa diimpikan untuk sampai ke sana...tetapi cukuplah sekali, kerana bagi saya orang yang kurang berada, untuk bershopping atau makan2 di sana adalah tidak berkemampuan, setakat dapat melihat & menjejak kaki ke kota itu cukuplah .Mungkin citarasa saya berbeza, bercuti ke Paris sekadar memenuhi impian semasa zaman muda. Sekarang perspektif hidup berbeza, saya sekadar hendak melihat & menikmati keindahan alam ciptaan Allah sahaja,..Untuk membeli beg LV bukan setaraf dengan kemampuan saya walaupun sudah diberi 50% discount...dapat menjejakkan kaki ke Paris sudah membuat saya bersyukur kepadaNya!
Sepanjang 3 hari di Paris...most of the time saya & Nina hanya berjalan kaki , menaiki bas & menaiki Metro (train) sekeliling kota itu... dari Champ Elysees, Eiffel Tower, The Loure, Notre Dame de Paris, Arc de Triomphe, Champ de Mars & banyak lagi tempat2 bersejarah & menarik yang tak dapat saya ingat namanya....semuanya saya abadikan dengan photo2 shoot yang banyak sebagai kenang-kenangan! Enjoy
some of the photos here...